Jumaat, 7 Oktober 2011

sawaNg oh sawaNg~

"Sue, 'buzy' benor hang.. 'Sawang' bila nak di'bersih'kan tu? Berkurun lamanya kot.." =)

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Setelah sekian lama tak 'berceloteh' di 'rayyan', rindu je di hati bila mana terdengar je lagu latar blog ni kat mane2..huh

Nak kata buzy benor, idoknya la sangat walaupun tak menang tangan dan kaki dan segalanya. Apa pun, itu mungkin salah satu 'infection' yang singgah kot bila mana diserang 'virus' agak sibuk dan tak sempat2 nak on9. Lagi satu 'virus' adalah??? BLUR bila dapat peluang tekan keyboard!!=P

Alhamdulillah, nak kata nak mentaukidkan lagi bahawa 'rayyan' ini teramat bersawang, maka dengan rasminya bahawa pada tanggal 07 Oktober 2011 bersamaan jam11.30pg, maka berakhirlah paper terakhir final exam bagi 'rakyat2 jelata' sem5 DQ a.k.a IRSYAD. 1IRSYAD=) < nak jugak 1IRSYAD ye..? selingan2.> 

Merdeka! Merdeka! 

Apa2 pun, harus diingat, merdeka bukan sebarang merdeka. Merdeka kita harus diselangi dengan doa moga2 kejayaan milik kita. Usaha sudah, doa pun sudah. Maka lepas tu ustaz kata apa? Tawakkal pada Allah. Jadilah kita hamba yang redha dengan ketentuanNya.


Maka dengan rasminya juga bahawa pada tanggal 11-17 Oktober 2011, Melaka insyaAllah akan mencatat satu lagi sejarah, tapi bukan kedatangan British. Malah kedatangan legasi mahasiswa mahasiswi Darul Quran yang akan menabur Bakti Huffaz kepada masyarakat Kg. Pantai Rombang dan kawasan yang sewaktu dengannya. =)

Bahang BH'11 yang sentiasa menyengat hatta dalam dewan peperiksaan sekalipun.huh

SE..RR..AA..PP!!! <respon2 sape yang berkenaan..he3 =)>
 
Apabila perkara yang aula bertembung dengan perkara yang aula juga, maka? Maka kata seorang senior saya, 'tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.' Maka, kita kena bijaklah menguruskannya dengan sebaik mungkin. Walaupun dalam ke'peningan lalat' ye..?=) Terbaek punya lah!!

Yuk teman2, ikhlaskan niat kita dalam berbakti huffaz. Do da best as da best product of DQ!!

Chaiyok2!! =)

<<..malacca is wating for us..>>

Next is what??

Ba'da BH'11, maka wakil2 DQ bakal 'bertempur' dalam Ihtifal Huffaz Kebangsaan 2011 yang bertempat di Kompleks Darul Quran. Begin on 23 till 27 October 2011.

Gambate2 to 'DQ WARRIOR'!! Lets score da high goal!! =)

Special dedicated to my love 'NT' *netball team*;
''Aisy 'azizan au mut syahidan'' 50> goals 4 each game!! InsyaAllah =)
 ~pesanan drp 'penaja', timb.ket.kontinjen 2 dQ;-)

Kepada yang tak dapat merasa cuti akhir sem5 especially, sabar la eh. Ikhlaskan niat kita. Moga2 Allah bagi kesempatan yang panjang untuk kita bersama family kita satu masa nanti. Jangan sedih2 na.. ce' pun sedih jugak ni..=(

Tiba2 rasa macam jadi pemberita tv dQ pulak. Mace2..=) It's ok.

Apa2 pun, inilah lumrah kehidupan kita selaku hambaNya, selaku penuntut ilmuNya. Banyak perkara perlu dikorbankan. Sebab banyak perkara yang DIA nak bagi pada kita tanpa kita sedari. Inilah juga dikatakan jalan perjuangan. Bila disoroti sirah baginda bersama para sahabat, betapa hebat pengorbanan mereka hingga nyawa sanggup dikorbankan. Yuk kita 'tapau' sedikit cebisan semangat pengorbanan baginda dan para sahabat dalam melatih diri kita menjadi insan yang hebat untuk Islam.

Sebelum menutup tirai 'celoteh' rayyan, sama2 kita renungi hadis Rasulullah s.a.w;

"Manusia di akhir zaman adalah seperti buih di lautan"

dan juga kata seorang sahabat, Sa'ad Abi Waqas RA;

"Aku adalah panah dari panah2 Islam, maka tujukanlah aku ke mana sahaja engkau suka"

Renung2kan dan selamat beramal! =)