Isnin, 8 Ogos 2011

::Rindu Bertandang::Madrasah Tarbiah

Bismillah..
Dengan namaMu ya Allah kumulakan..

Pejam celik, pejam celik, Ramadhan, bulan penuh keberkatan berkunjung tiba. Begitu pantas masa berlalu. Kadang bagai angin sepoi-sepoi bahasa yang berlalu. Pantas sahaja. Begitulah juga lamanya 'Ar-Rayyan' ini di'tinggalkan'. Dek kerana kekangan yang melanda, hanya mampu mengungkap kalimah 'rindunya rayyanku.. apa khabar agaknya..'

Alhamdulillah, diberi kesempatan olehNya untuk men'cuci' sawang-sawang yang nyata berkurun lamanya tidak dicuci bagai rumah yang tidak berpenghuni. Pontianak pun mungkin dah 'bermastautin' di rayyanku kot.hu <Oh Us. Bakri Amboala, jemput 'jampi' rayyan ana. Moga selamat segalanya..=) >

'Menu' sahur untuk hari ini. My Blog. Alhamdulillah..

::Ramadhan::

Bila mana Ramadhan hampir bertandang, bermacam-macam lah dapat tengok. Ada tu banner ucapan sempena Ramadhan, khemah untuk Qaryah Ramadhan di Kelantan pun ada. Alhamdulillah. Unsur-unsur yang membangkitkan semarak puasa. Tapi yang tak tahannya, belum apa2 dah pasang lagu raya, banner raya la. Hm, macam2. Mungkin adat Melayu kita kot. Kata Dr. Khaliq, apa dia sahabat2 Syukbah Syariah sem5?? ''Al-'adatu Muhkamatun''. Musibah Kabirah!!=)

::Ramadhan::

Dikenali dan disebut-sebut sebagai 'Madrasah Tarbiyah' oleh umat Islam. Bulan yang mendidik kita dari segala aspek. Hatta adik-adik kita yang baru nak mengenal 'Aa Ba Ta' pun pun turut merelakan diri mereka ditarbiyah dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan walaupun kadang-kadang puasa separuh hari, upah duit seringgit la dan 'puasa yuk-yuk' mengikut istilah rakyat2 Kelate. Namun, alhamdulillah ruh tarbiyah Ramadhan turut dirasai.

Pernah saya ajukan soalan kepada senior saya dalam masa typing post ni.

"Kenapa kita panggil bulan Ramadhan ni 'Madrasah Tarbiyah'?"

Jawapan yang ringkas diberikan; ''Sbb kita nk mengejar graduation untuk bergelar graduan org2 bertaqwa"

Bersesuaian dengan Firman Allah;

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
(Al-Baqarah:183) 

Bagaimanakah??

...insyaAllah bersambung...

Ramadhan Kareem!!!

'berilah hati kita untuk ditarbiyah'

(merenungi keajaiban Tuhan di bulan Ramadhan. masihkah aku berpeluang merenunginya di Ramadhan mendatang?)