Ahad, 1 April 2012

...saAt itu...

Assalamualaikum...


Setelah sekian lama yang amat lama menyepi. Kini muncul kembali. Namun tidak mampu menjanjikan post yang menarik..

...saat itu...


Begitu pantas masa berlalu. Tak terasa saat-saat itu berlalu.

Sebelum ni, asyik menghitung hari-hari berbaki bermastautin di bumi barakah DQ. Menghitung hari-hari terakhir bersama-sama sahabat2 Irsyad, adikberadik usrah yang comey2 Hurriyatul Jannah a.k.a 'HJ'. Jua menghitung hari-hari terakhir bersama anak-anak usrah Dzillan Dzolila yang cute + comey as 'mak usrah' nya.. Ting tong.. Siapakah?? Semestinya 'along'..hehe

eh..main tunjuk2 pulak adik beradik 'hj' ni.. memey comey lah!



Jua menghitung hari-hari berbaki bersama adik2 'bumi waqafan' yang amat dikasihi kerana Allah, juga 'our' beloved 'sweety2'. Sebak tak terkata mengenang saat-saat itu. Mengenang kepada Al-Quran yang masih lagi 'lompang' apabila 'ditebuk', lagi-lagi membuatkan hati rasa tidak mahu meninggalkan bumi barakah DQ.

Namun, hakikat tetap hakikat. Saat itu hadir dan telah hadir.

Really thankful to DZ kerana sempat mengukir kenangan terindah 'gathering' warisan DZ even dalam kekalutan. 'Airmata' yang penuh makna pada petang tersebut. 


<Bikin jahat sama along ye..? Patut la berkobar-kobar 'iron' jubah untuk along ye..? =P Malu maA sama cucu cicit nangis petang tu..~haha Alamak.. no picture ptg tu lah nk insert =(> 


Also really thanks to my beloved adik2 alkis-DQ (alumni kisas-dQ) untuk liqa' alkis and 'jamuan' yang tak terjangka pada malam tu. Sempat juga 'dating' and ta'aruf adik2 baru before keluar DQ. I'm really proud of you all!! Very independent!! N.i.c.E!! Keep it going yup!! =)

tQ to you all !!  


...saat itu...

^^Dedikasi buat Dinda yang Dikasihi kerana Allah^^


Putaran hidup sentiasa mengajar kita erti kehidupan walau dalam situasi apa pun. Kadang bahagia sampai teramat lebar senyuman yang terukir di bibir. Kadang perit tak tertahan 'kepedihan' tersebut. Kadang teramat penat sampai terlantar dan terbaring kaku. Tak mampu berbuat apa-apa.

Banyak-banyak situasi dan kondisi tersebut, tak semua sanggup dan mahu bersama-sama kita. Lebih-lebih lagi saat keperitan dan kepenatan yang luar biasa. Dalam waktu yang mendesak diri kita untuk bekerja di luar batasan, di luar kemampuan kita, kadang-kadang membuatkan kita terpaksa 'berlakon' kita kuat dan 'cool' di depan sahabat-sahabat dan orang ramai dengan alasan tidak mahu menyusahkan mereka. 

Namun, ketahuilah bahawa sesungguhnya diri kita perlu kepada seseorang bagi menitipkan kata-kata semangat pada kita dalam saat-saat genting seperti itu. Kerana hakikat kita adalah lemah. Dan DiA 'menciptakan' sahabat-sahabat di sekeliling untuk sama-sama merasai jerih perih perjuangan ini. 


Duhai adindaku,

Jangan dipaksa diri kita untuk merasai keperitan itu sendirian. Kalaupun kamu tidak mahu menyusahkan orang lain di sekelilingmu, jangan dipaksa diri kamu melebihi batasannya. Satu perkara yang kakak ingin kamu sematkan, ketahuilah bahawa ramai yang sudi merasai 'sakit' bersamamu. Kakak juga akan cuba bersama dinda walau dalam kejauhan. Kerana kasih sayang antara kita semua adalah kerana Allah s.w.t. Apabila diciptakan sebagai adik dan kakak, jua abang, begitulah hakikatnya. Setiap pertalian, ukhuwah dan kasih sayang yang berpaksikan padaNya, maka tidak seseorang akan membiarkan dan dibiarkan rebah sendirian. Malah akan sama-sama memapah dan menggagah di sepanjang perjalanan ini. 


"saya ada untuk awak. dan awak ada untuk saya"


Jika diteliti sirah Rasulullah s.a.w, bagaimana insan sehebat Rasulullah s.a.w juga mencari dan mendapatkan isteri baginda Siti Khadijah saat pertama kali menerima wahyu kerana tidak sanggup menanggungya secara sendirian. Sedangkan baginda insan mulia di sisiNya mencari 'teman' saat itu, inikan pula kita. Apa-apa pun, kekuatan yang cuba dikumpul secara sendiri itu sangat2 kakak puji. Namun, ingatlah bahawa kakak dan sahabat2 yang lain sentiasa ada untuk dinda. Apatah lagi DIA yang sentiasa bersama hamba-hambaNya.

Chaiyok2!!

'we' love you..^^

*k.S.d..~

<<tara!! 'sweety' bersama coklat cabutan bertuah kakak.. comey kan..?;-)>>