Jumaat, 26 November 2010

~ReNtak TadhiyyaH MengaLuNkan iRama UkhuwAh~

" Kalau nak cakap pasal tadhiyyah dan ukhuwah ni, ana penah la.. Baru je amin doa nak tidur, nak tarik selimut dah, tiba2 sahabat ana call ana.. 
' Nta boleh datang ambik ana tak kat Greenwood?' Allah.. Dahla jauh Greenwood tu, tengah malam pulak tu.. Apa2 pun, itulah dikatakan ukhuwah dan tadhiyyah tak boleh dipisahkan. Tadhiyyah sangat penting dalam berukhuwah.."

Itulah antara cebisan mutiara yang disampaikan oleh Us. Rasyidi ketika Majlis Ijtima' Eiduladha MSK-DQ 2010 yang diadakan di Gelora Beach Resort pada 19 November 2010.

'Eiduladha'

Satu ungkapan yang sentiasa dikaitkan dengan pengorbanan. Bagaimana besar nilai pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail sehingga pengorbanan mereka disambut sebagai Hari Raya Eiduladha oleh seluruh umat Islam.

Menyoroti sirah Nabi Allah Ibrahim dan Ismail, betapa hebatnya ujian Allah s.w.t terhadap Nabi Ibrahim dengan penurunan wahyu supaya menyembelih anak kesayangan baginda iaitu Nabi Ismail. Bagaimana mungkin seorang ayah tegar untuk menyembelih anaknya sendiri jika difikirkan secara logik akal. Namun, keyakinan yang kukuh serta tawakal yang bulat terhadap Allah, maka Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas yang datang dari syurga. Subhanallah..

'Tadhiyyah dan Ukhuwah'

Merupakan satu benda yang abstrak untuk diterjemahkan. Ia merupakan satu unsur yang sangat hebat di sisi Islam. Jika direnung kembali sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabat, betapa hebat nilai tadhiyyah yang ditunjukkan oleh kaum Ansar sehingga sanggup menyerahkan isteri2 tercinta, rumah, harta dan kekayaan kepada kaum Muhajirin dalam peristiwa hijrah ke Madinah.

Mari kita lihat bagaimana perkaitan antara tadhiyyah dan ukhuwah yang cuba diterjemahkan oleh mereka. 

Sememangnya dalam berukhuwah, aspek tadhiyyah yakni pengorbanan tidak boleh dipisahkan sehingga ia tercatat sebagai peringkat tertinggi dalam rukun ukhuwah yang digariskan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna :

1.  Salamatus Sadr ( lapang dada )
2.  Husnuzon ( bersangka baik )
3.  Ithar ( melebihkan orang lain dari diri sendiri ) - dimaksudkan juga dengan tadhiyyah.

Dalam pembuktian bahawa tadhiyyah adalah suatu aspek yang penting, As-Syahid Imam Hasan Al-Banna juga meletakkan tadhiyyah sebagai salah satu daripada rukun baiah. Tidak dinafikan bahawa 'Fahmu' adalah rukun yang pertama, namun As-Syahid ingin juga menterjemahkan bahawa tadhiyah adalah perkara yang penting dalam segala aspek sama ada dalam irama ukhuwah mahu pun dalam memikul risalah Islam. 

Cuba kita bayangkan andainya tadhiyyah dan ukhuwah hanya sekadar benda remeh dalam berdakwah. Maka belum pasti kita akan merasai nikmat Iman dan Islam akibat daripada dua aspek tersebut yang diketepikan oleh Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwah Islam suatu masa dahulu. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Nyata Rasulullah s.a.w menjadikan aspek tersebut antara perkara utama dalam melaksanakan misi dakwah baginda sebagai utusan daripada Allah s.w.t. Begitu juga dengan para mujaddid dan pejuang2 Islam.

Oleh itu, sama2lah jadikan sirah junjungan serta nilai2 yang cuba dibawa oleh umat terdahulu sebagai salah satu penguat bagi diri kita dalam meneruskan kerja dakwah yang tentunya mencabar dan kian mencabar. 

Kata As-Syahid Syed Qutb sebelum ke tali gantung, 

" Kita bukan pemula dan bukan juga pengakhir, tapi kita adalah mata rantai perjuangan "

' Rentak Tadhiyyah Mengalunkan Irama Ukhuwah '

Takbir!!

Jumaat, 5 November 2010

rEdhAkah akU....????

" kalau mak ayah kata macam tu, tak yah ragu-ragu lagi.. just follow je, insyaAllah ada berkatnya.."
Kata-kata yang pernah diluahkan oleh seorang sahabat suatu masa dulu. Just a simple word, but how difficult to sincerely accept that matter.

Terimbau kembali saat2 di awal pemukiman di bumi barakah Darul Quran..

" Sue, congrate2 !!!! "

" Sue, fly r ko jap g.."

dsb..

Tergamam seketika. Isi2 inbox dibuka ketika program Mafatihul Mahabbah.. < nampaknya, leka sekejap dengan hp ketika sesi modul mehnah dan tribulasi.. hehe >

' Ya Allah! Betol ke aku dapat fly? Depa ni tipu aku ke? ' hati berbisik. Seakan tak percaya dengan berita 'tv11' tu. Nekad untuk terus berada di DQ goyah seketika.

' Nak g !!!! Bila lagi dapat peluang macam ni? ' hati saya menjerit dan berbelah bahagi.

Impian saya untuk bermukim di DQ yang dipasang sejak Tingkatan 1 telah tercapai. Walaupun tak berjaya untuk Persijilan DQ-UIAM, namun mencuba nasib untuk program Diploma Darul Quran walaupun orang kata rugi umur dan sebagainya. Namun, tanpa diduga, nekad tersebut teruji buat sementara. Istikharah penenang hati, penetu segalanya.

Di suatu petang..

" Assalamualaikum.. Abah sihat? Abah, abah bagi tak k.chik fly? " aju saya ketika menelefon ayah saya. 

" Waalaikumussalam.. Alhamdulillah sihat. Hmm,duk Dq jelah k.chik. Ma atok nenek semua pun suh duk Dq gak.." abah saya mula menyusun jawapannya.

" Abah, pastu kalo k.chik istikharah nampak sana macam mana?" tanya saya lagi, seolah ingin protes jawapan keluarga saya.

" Tak yah lah.. Lagi pun abah dah bagi tahu orang2 kampung dah anak abah sorang ni duk belajar tahfiz di Darul Quran.." jawab abah, berbaur bangga puterinya sambung tahfiz. 

Saya terdiam, tak terkata. Air mata tidak dapat dibendung lagi mendengar jawapan yang juga luahan hati seorang ayah terhadap anak. Akhirnya gugur jua. Panggilan tamat. ' Ya Allah...'

Keesokannya...

Tiba-tiba nombor yang tidak dikenali muncul di skrin hp saya ketika dalam kelas tasmik. Saya menjawabnya secara senyap2 memandangkan saya berada di belakang dan ustazah sedang mendengar tasmik pelajar. < sori ustazah..hehe >

" Hello assalamualaikum.. Ni Nur Syuhada Mohd Subri ye?" 

" Hello wslm.. A'a ye saya. sape ni ye? "

" Saya dari JPA. Cik Syuhada dapat tawaran JPA ke Jordan kan? Tapi kamu tak jawab lagi kan jawapan on9 nak terima atau tolak kan? Jadi, saya nak tanya sama ada kamu nak terima atau tolak? "
jelas puan di panggilan.

" Err, kalau saya nak tangguh boleh? Saya sekarang sambung diploma di DQ 3 tahun." jawab saya sangkut2. Tak yakin untuk kata kan 'tolak'.

" Saya cuma nak tahu jawapan kamu sama ada nak terima atau nak tolak je. Kalau terima, saya nak terangkan beberapa perkara. " 

Saya terdiam seketika. 
' Ya Allah..' 
Saya tarik nafas dalam2 dan menyambung perbualan.

" Saya.... TOLAK..." 

" Betul ni awak tolak? Saya pegang kata2 awak ni, TOLAK?" tanya puan tersebut seakan terkejut dengan jawapan yang diterima.

" Ye, saya TOLAK.." ulang saya, teragak-agak dalam keyakinan.

Panggilan tamat.

Saya pandang hp saya. Dan saya pandang ustazah tasmik saya. Hati menahan sebak. MAta menahan dari gugurnya air mata. Namun, apakan daya... Tiada kekuatan untuk menahannya. KAhirnya, gugur jua.

" Ya Allah, berkatilah keputusanku ini. Aku yakin bahawa KAu akan menggantikan semua itu dengan suatu yang lebih tinggi nilainnya dari tawaran tersebut suatu masa nanti.."

Hati saya memanjatkan doa padaNya. HAnya itu yang mampu dilakukan. Penuh pengharapan padaNya.

" REDHA..."

Satu perkataan yang sangat ringkas dan mudah dilafazkan. Namun, ternyata ianya satu perkara yang sangat menguji keimanan seseorang. Apatah lagi bila mana terpaksa melepaskan sesuatu yang disukai dan diharapkan. Namun, apa2 pun, Rasulullah pernah bersabda, 

" Redha Allah terletak pada redha ibu bapa "

Selagi mana ibu bapa tidak merestui sesuatu perkara yang kita ingin lakukan, selagi itulah kita tidak akan mendapat redha Allah berdasarkan mafhum hadis tersebut. 

Allah juga telah berfirman dalam Al-Quran yang bermukjizat;

" Terkadang kamu merasa benci terhadap sesuatu itu sedangkan ia baik untuk kamu, dan terkadang kamu suka terhadap sesuatu sedangkan ianya buruk bagi kamu.."


Sesungguhnya Dia Maha Tahu segala sesuatu.

p/s : sekadar perkongsian pengalaman hidup dari hamba yang dhoif. langsung tidak berniat untuk riya' dan sebagainya. moga2 anda sekalian dapat mengambil sesuatu dari cerita yang dinukilkan ini. 
mohon maaf segalanya. wallahua'lam..

" Redha Allah, Redha ibu bapa"

" Mengharap cinta sejati, Mendamba kasih Illahi "

Wallahua'lam...