Selasa, 29 November 2011

Mencari Ketenangan~

Tiba-tiba hati kecil ini berkata-kata;

"seronoknya jadi macam tasik ni..tenang je.."

..tasik dQ yang menenangkan..

Dalam kedamaian sayyidul ayyam, mentari dhuha yang menenangkan, angin rahmat yg bertiup halus, seakan-akan dirasakan angin serta mentari sedang 'berbicara' menemani diri ini. Seakan mengerti segalanya. Air mata gugur tanpa dipinta. Oh tidak...!!

'Ya Allah..
Tak mampu untuk berkata apa-apa lagi..'

Alhamdulillah..tiba2 dihadirkan insan yang memberi 'pearl of waqafan';

"dalam satu sirah para sahabat, Saidina Umar pernah berkata: alangkah baiknya jadi seperti rumput itu. ujian yang kit aterima inilah yang akan mendewasakan kita dan akan menjadikan kita lebih hebat. percayalah...."

Harus kuat!~

Di bawah langit DQ,
Aku ditarbiyah. Kita ditarbiyah.

Itulah hakikatnya.

Namun seakan disangkal padu oleh hati secara halusi dek kerana ego yang menggunung. Ego yang melampau. Malah dibiarkan menguasai diri. Inilah hakikat insan.

Sampai bila mahu dibiarkan diri kita sedemikian rupa?
Sampai bila?

'Indahnya sabar'~

Tak semua orang mampu sabar. Lebih2 lagi bila mana tahap kesabaran diuji dengan sesuatu yang sangat dituntut kata hati untuk 'menembak' segalanya yg hadir.

MasyaAllah..

Hanya DIA yang Maha Tahu segalanya.

'Laukana bainanal habib'~

Ingin sekali diusap ubun-ubunku ini
tatkala hanya mutiara jernih menemani
Ingin sekali berada berada di hadapanmu
tatkala tak mampu untuk kuberkata apa-apa lagi
Ingin sekali menangis di hadapanmu
tatkala diri ini lemah tak terdaya lagi
Ingin sekali 'meminjam' kekuatan dan kesabaranmu
tatkala tak mampu berdiri lagi
Ingin sekali mendengar mutiara tasyji' darimu
tatkala tak mampu berkata apa-apa lagi

Laukana bainanal habib~

Hebatnya dirimu mengangkat darjat muslimat. Menghormati muslimat.

Sungguh.. Mulianya dirimu ya Rasul.


 

Ketenangan^^


<bingkisan di sayyidul ayyam 25Nov2011>