Subhanallah..
Pejam celik pejam celik sudah lama rupanya bergelar Ex-K.I 'bumi waqafan'. Tiba-tiba hati sayu terkenang memori indah bersama 'sahabat2 bAdar' yang amat dirindui. Jerih perih perjuangan di Kisas menggerakkanku untuk ligat memikir post buat antum dan menekan keyboard dengan kepala yang agak sakit sikit dan tekok yang agak lenguh. hehe Rindu teramat saat-saat pemukiman di bumi waqafan bersama memori 'bakso'. Dan semestinya juga 'taufufa, nasi Wak Kanang, air soya dan nasi lemak' 'fly' tepi Petronas. haha
"Sue,Soli,Jang,nah ni soya Farhana beli. Meh minum," Farhana mempelawa kami yang tengah-tengah blur dengan angka dan formula Add Math.hu
Seperti biasa, kelas 'abang2 n kakak2' kami menjadi pilihan tempat study sepanjang SPM, Ting.6 Atas STAM. hehe <sori akh nazrul, a.izzaz, a.kimi, a.ahak, a.rahim, kak farahin n k.mus..miss u all..>
"Hang amik tang mana ni Fana?" Jang menyoal dengan loghat Kedahnya.
"Ambik mana lagi, kami beli tepi Petronas la.." Farhana, dengan selamber 'kerek' menjawab.
"Fly? Pak Guard tak marah ka?" soal saya. Seakan tak percaya.
"Await nak marah pulak. P jela. Pak Guard sorang tu baik ja. "
Aduh, macam2 kerenah kite ye..ate, inilah gaye budak2 badar batch kite ye..hehe
Esoknya..
"Lapaq la. Jom p beli nasi lemak sat." saya mengajak sahabat2 saya. <budak nakal jugak rupenye saya dan sahabat2 ni ye..hehe>
First trying to 'fly'. 'Fly' without 'wings'.hu Agak melawakkan dan melucukan. Terhendap-hendap kat tingkap kelas takot2 guard ada. Ada alamaknya berlaparla.
"Fuyoo, tak caye pulak boleh fly. Tak pernah2 kita fly. Budak Badar ni, jangan main2. Nampak dek Ust.Sheikh, mati kita." saya bersuara sambil berjalan 'fly' untuk pertama kalinya. Kelam kabut.
Agak cuak. Mata melilau kalau2 kereta motor yang lalu tu Ust Sheikh, Ust Lah.hu Tapi Farhana masih dengan selamber kereknya. Langsung tak menunjukkan reaksi risau. huh
"Cepat2, nanti ustaz nampak, mati kita," Soli, dengan kelam kabutnya yang mencuit hati. Jang pun dengan lagak selamber nya.
Sahabat kami yang berbaki, Ida, Ummu, Along Izzati , masing2 dengan karakter masing2 juga. Along sentiasa saya gelari dengan trademark 'bolox' sampai sekarang.hehe <jangan marah suE ye along..> Ainul dan Aisyah skema sikitla bab2 langgar peraturan ni.<siqhoh sikit Exco Khas 4&5 ni..hehe> Adilah lagi2 la tak langgaq disiplin. KP tu, jangan main2. Exco Bitan lagi tu.
Maka setelah 'kejayaan' itu, maka itulah rutin kami sepanjang SPM. hehe Kalau bukan kita yang beli pun, mesti ada insan2 yang 'sedekahkan' time 'halaqah'..< tak gtu akh izzaz..?> hehe
Kenangan2 yang singgah di minda nyata mengukuhkan lagi ukhuwah kita walau terpisah benua. Masing2 dengan haluan masing2. Namun matlamat perjuangan tetap sama.
Buat abang2 dan kakak2 ku,
Teruskan perjuangan. Doakan kami adik2 kalian moga thabat dan tabah. Bagi yang berada di Bumi Anbiya', kami sentiasa menanti kepulangan mujahid2 mujahidah2 pembela agama.
Takbir!!!
Teristimewa buat sahabat2ku muslimin jua muslimat,
Ingatlah bahawa kita punya matlamat yang satu. Walau jalan tak sehala, tapi destinasinya tetap sama. Saling menguatkan antara satu ama lain. Jalan yang kita pilih ini bukan mudah dan menuntut segala keikhlasan dan pengorbanan. Kadang rebah tersungkur, wajah2 kalian muncul di mata, membangkitkan kembali semangat jihad dalam diri. Utuskanlah secebis doa buat kita semua moga tetap istiqamah.
"Fastaqim kama umirta!!"
Ukhuwah Fillah Abadan Abada..
"dalam kegelapan aku mencari sinar menerangi diri.. sedang aku cuba menggapainya, tersungkurku menyembah bumi.. nyata cinta Illahi penyuluh segalanya.. damba cintaMu ya Allah.."
Khamis, 14 Oktober 2010
Sabtu, 9 Oktober 2010
wonder & wonder and still wondering
'sedap jugak cerita hindustan ni..hehe'
Tiba-tiba hati saya berkata dalam diam sewaktu menonton cerita Hindustan yang pernah popular suatu masa dulu..<mANN> sambil-sambil jadi baby 'sitter' waktu cuti sem kali ni.
'kenapa ye..?'
I'm still wondering..
Sebab hero dia handsome ke? Heroin dia cantik ke? Ke sebab lagu dia best?
Entah la. Semua tu boleh dikatakan betul belake.. Lagu dia pun kadang-kadang siap boleh diikut nyanyi sama. Mantop!! Ate, 'modal' nye macam mana ye suE?? hehe
Cuma satu persoalan yang betul-betul membuatkan saya tertanya-tanya sepanjang menonton banyak-banyak cerita ni sama ada Melayu, Cina, India, Korea mahu pun Inggeris.
' Kenapa banyak-banyak cerita ni, cerita INDIA tak pernah miss upacara sembahyang depa berbanding cerita Melayu kita ye..??'
Mungkin ini benda furu' kot untuk di diskusi kan. Tapi benda ni memang menjadi persoalan di benak fikiran saya. Mungkin disebabkan faktor pemikiran yang agak kebudak-budakan kot yang menyebabkan saya wonder benda yang mungkin tak sepatutnya kot.
Tapi tak salahkan untuk fikir benda-benda furu' ni kan?
Pernah senior saya bagi analogi berkaitan benda furu' ni..
'kita nak beli baju, mesti pilih nak beli warna apa kn? Padahal warna tu pun benda furu' je. Benda furu' ni tak delah tak perlu difikirkan, kena la jugak fikir..'
Apa-apa pun, agama Islam kita adalah agama yang suci dan diiktiraf di sisi Allah. Dan hendaklah kita menjadikan Islam as a main thing in everything we want to do.
Firman Allah;
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara seluruhnya.."
(Al-Baqarah)
Dan kalau boleh, kita zahirkan agama Islam kita dalam segenap perkara yang kita lakukan. Moga-moga keizzahan Islam jelas kelihatan.
Haa..sebut tentang ni, teringat saya tentang satu lagi persoalan.
"Adakah menjadi satu kesalahan dan kepelikan perempuan berjubah dan bertudung labuh masuk tempat bowling dan main bowling??"
This maybe will become a hot issue to be discussed.
However, in my opinion, tak salah untuk muslimat berjubah dan bertudung labuh untuk buat semua tu.
Islam itu mudah, jangan sesekali kita memberatkannya. Malah bagi saya, saya akan berbangga kerana di situ, kita dapat buktikan bahawa Islam tu bukan setakat ceramah di masjid, solat, puasa dan sebagainya. Imej kita tak menghalang kita untuk buat sesuatu. Cuma satu yang perlu kita ingat, 'batasan'.
Kita yang menentukan who we are.
So, jadilah diri kita yang sebenarnya dengan imej Islam yang ada secara hakikinya pada diri kita.
Never think difficult because Islam is easy..
This is my opinions. Sapa-sapa yang nak bangkang dan sebagainya dibolehkan. Hanya firman Allah dan sabda baginda Muhammad S.A.W yang tak boleh dibangkang..
Jumaat, 8 Oktober 2010
nak ramai ke sikit??
"macam ni la nak besarkan anak-anak..susah senang ke.."
Teringat kata-kata yang biasa didengari dari mulut ibu-ibu bila mana anak-anak kecil menangis.
Tertanya-tanya la jugak, 'susah ke nak didik anak ni ye sampai kadang-kadang ibu-ibu ni merungut seakan susah?'
"Umi, Sue tak nak lah anak ramai bila kahwin nanti..Takot tak dapat didik depa ni dengan baik.."
Tiba-tiba terdiskusi dengan umi tentang topik tu waktu kat meja makan sambil explore internet.Entah macam mana entah.
"Apa yang susahnye..ate, time depa kecik-kecik tu, ajar depa bertangungjawab..abang jaga adik ni, kakak jaga adik ni.. tak dela depa lepas tangan macam tu je.."
Jawab umi bersahaja.
"Umi, waktu anak-anak umi kecik-kecik dulu, umi garang.. ajar depa disiplin dari kecik.. jadual harian tampal kat dinding.. tak ikut, siap kena ngan umi.."
Saya khusyuk mendengar. Otak pusing mentafsir dan memikir. 'oo, camtu ea..?'
"Abang dhiya' tu, nak main bola petang2 umi bagi, tapi dengan syarat, sebelum azan maghrib, dah siap mandi, berwudhuk siap.."
Banyak benda kena belajar apatah lagi dalam nak didik anak-anak ni.
Seperti mana kata Saidina Abu Bakar,
"didiklah anak kamu mengikut zamannya.."
Macam mana tu? Ikut zaman? Maksudnya kena bagi laptop, internet, kereta, motor dan sebagainya ke?
Saya pun tak boleh nak hurai panjang sangat sebab saya pun masih mengkaji lagi. Tapi apa yang saya boleh kongsikan berdasarkan pendapat saya, boleh untuk ibu bapa memberikan kemewahan pada anak-anak tapi jangan sampai depa lupa daratan, lupa Tuhan dengan semua tu. Proses pentarbiyahan anak-anak bermula dari rumah. Ibu bapa seharusnya menjadi contoh terbaik untuk mereka sama ada dari sudut duniawi mahupun ukhrawi. Sesuai dengan kata-kata bahawa ibu bapa adalah guru pertama bagi anak-anak.
'Bayi maut dibaham kera'
Terperanjat saya bila terpandang akhbar Metro yang dibaca oleh seorang pak cik dalam bas sewaktu pulang dari Ipoh.
'hai, apa nak jadi lah dengan dunia sekarang ni. anak dibuat macam sampah. buang sana sini..' Rungut hati kecil saya.
Itulah fenomena yang berlaku sekarang di negara kita yang dikatakan negara Islam contoh. Musykil saya dengan penobatan itu. Atau pun mungkin tu suatu masa dulu kot. Wallahua'alam.
Teringat buku yang pernah saya baca karangan Ust Ridhuan, 'Cinta di Langit Ghaza'.
'rakyat Palestin menggalakkan kahwin awal bagi memastikan penerusan zuriat untuk memperjuangkan bumi Quds dan agama tercinta. seawal usia 20tahun.'
Lagi mengagumkan..
'Aku bahagia dengan berita kesyahidan anakku. Aku akan lahirkan lebih ramai lagi mujahid mujahidah untuk terus berjuang demi agamaNya..'
Subhanallah.. Itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut ibu-ibu di bumi Palestin bila mana mendapat berita tentang syahid anak-anak mereka.
Terlalu berbeza dengan situasi di bumi Malaysia kita. MasyaAllah..
Anak-anak akan memberi banyak manfaat pada kita andai kita berjaya didik mereka sebaiknya. Malah menjadi saham untuk kita di alam barzakh.
Sabda baginda S.A.W;
"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang mendoakannya.."
(hadis riwayat Muslim)
Ramai ke sikit ke tak delah menjadi persoalan kot.. A big question mark now is 'Sejauh mana tarbiyah kita kepada depa dalam nak memastikan depa dapat jadi anak soleh dan menjadi pejuang agamaNya..'
<abNauL harAkah>
takBiR!!!
Langgan:
Catatan (Atom)