Jumaat, 8 Oktober 2010

nak ramai ke sikit??

"macam ni la nak besarkan anak-anak..susah senang ke.."

Teringat kata-kata yang biasa didengari dari mulut ibu-ibu bila mana anak-anak kecil menangis.
Tertanya-tanya la jugak, 'susah ke nak didik anak ni ye sampai kadang-kadang ibu-ibu ni merungut seakan susah?'

"Umi, Sue tak nak lah anak ramai bila kahwin nanti..Takot tak dapat didik depa ni dengan baik.."

Tiba-tiba terdiskusi dengan umi tentang topik tu waktu kat meja makan sambil explore internet.Entah macam mana entah.

"Apa yang susahnye..ate, time depa kecik-kecik tu, ajar depa bertangungjawab..abang jaga adik ni, kakak jaga adik ni.. tak dela depa lepas tangan macam tu je.."
Jawab umi bersahaja.

"Umi, waktu anak-anak umi kecik-kecik dulu, umi garang.. ajar depa disiplin dari kecik.. jadual harian tampal kat dinding.. tak ikut, siap kena ngan umi.."
Saya khusyuk mendengar. Otak pusing mentafsir dan memikir. 'oo, camtu ea..?'

"Abang dhiya' tu, nak main bola petang2 umi bagi, tapi dengan syarat, sebelum azan maghrib, dah siap mandi, berwudhuk siap.."

Banyak benda kena belajar apatah lagi dalam nak didik anak-anak ni.

Seperti mana kata Saidina Abu Bakar,

"didiklah anak kamu mengikut zamannya.."

Macam mana tu? Ikut zaman? Maksudnya kena bagi laptop, internet, kereta, motor dan sebagainya ke?

Saya pun tak boleh nak hurai panjang sangat sebab saya pun masih mengkaji lagi. Tapi apa yang saya boleh kongsikan berdasarkan pendapat saya, boleh untuk ibu bapa memberikan kemewahan pada anak-anak tapi jangan sampai depa lupa daratan, lupa Tuhan dengan semua tu. Proses pentarbiyahan anak-anak bermula dari rumah. Ibu bapa seharusnya menjadi contoh terbaik untuk mereka sama ada dari sudut duniawi mahupun ukhrawi. Sesuai dengan kata-kata bahawa ibu bapa adalah guru pertama bagi anak-anak.

'Bayi maut dibaham kera'

Terperanjat saya bila terpandang akhbar Metro yang dibaca oleh seorang pak cik dalam bas sewaktu pulang dari Ipoh.

'hai, apa nak jadi lah dengan dunia sekarang ni. anak dibuat macam sampah. buang sana sini..' Rungut hati kecil saya.

Itulah fenomena yang berlaku sekarang di negara kita yang dikatakan negara Islam contoh. Musykil saya dengan penobatan itu. Atau pun mungkin tu suatu masa dulu kot. Wallahua'alam.

Teringat buku yang pernah saya baca karangan Ust Ridhuan, 'Cinta di Langit Ghaza'.

'rakyat Palestin menggalakkan kahwin awal bagi memastikan penerusan zuriat untuk memperjuangkan bumi Quds dan agama tercinta. seawal usia 20tahun.'

Lagi mengagumkan..

'Aku bahagia dengan berita kesyahidan anakku. Aku akan lahirkan lebih ramai lagi mujahid mujahidah untuk terus berjuang demi agamaNya..'

Subhanallah.. Itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut ibu-ibu di bumi Palestin bila mana mendapat berita tentang syahid anak-anak mereka.

Terlalu berbeza dengan situasi di bumi Malaysia kita. MasyaAllah..

Anak-anak akan memberi banyak manfaat pada kita andai kita berjaya didik mereka sebaiknya. Malah menjadi saham untuk kita di alam barzakh.

Sabda baginda S.A.W;

"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang mendoakannya.."
(hadis riwayat Muslim)

Ramai ke sikit ke tak delah menjadi persoalan kot.. A big question mark now is 'Sejauh mana tarbiyah kita kepada depa dalam nak memastikan depa dapat jadi anak soleh dan menjadi pejuang agamaNya..'
<abNauL harAkah>
takBiR!!!


1 ulasan:

  1. "didiklah anakmu mengikut zamannya"- saidina Umar al Khatab (kalau tak salah)

    BalasPadam