Jumaat, 25 Mac 2011

:::ReaLiti Cuti:::


Cuti. . Holiday. . School break. . .

Merupakan suatu yang amat bermakna dan memberi kebahagiaan yang sepenuhnya sama ada bagi pelajar sekolah, IPT, pekerja mahu pun sesiapa sahaja. It’s something great in life!! Right??

“ Hai, dua hari je lagi nak start cuti, tapi kenapa rasa macam sebulan je..  Oh cepatlah masa berlalu.. Nak balik!!”

“ Cikgu, saya tak leh fokus dah la belajar, fikiran saya kat kampung dah..he2x”

“ Tak leh nak cari ‘modal’ dah la.. Tak leh fokus..”

“ Minggu ni tak boleh outing dah, minggu depan balik kampung..”

“ Diumumkan bahawa hari Isnin ini adalah cuti peristiwa.” 

Ha, inilah ungkapan-ungkapan yang biasa kita dengar bila mana cuti menjelang. Betol tak?
 <ai suE, macam ada pengalaman ja. Lain macam bunyi..he2x>

Macam-macam plan dirancang dalam cuti. Mungkin ada yang pergi bercuti ke tempat-tempat pelancongan, oversea mungkin bagi yang memang family rezekinya melimpah ruah, layan tv dan fb 24hours. Mungkin ada yang melabuhkan rindu di tanah suci dan mungkin juga qada’ tidur. Macam-macam!huh

Hmm.. Tiba-tiba rasa nak buat checklist.

Jom, check it out!!

Tv1  (  )                     
Tv2  (  )                      
Tv3  (  )                     
Tv7  (  )                  
Tv9  (  )                      
Astro   (  )          
Facebook   (  )        
Tidur   (  )        
Melancong  (  )           
Cd Korea  (  )          
Bola  (  )                     
Iadah  (  )                   
Modal  (  )                
Lain-lain  (  )         Nyatakan:
*sila tandakan di ruang yang disediakan.

Uisy, bermacam-macam-macam aktiviti!!!

Eh, kejap-kejap.. Kenapa kolum ke2 dan ke3 terakhir  tu macam tak berapa nak berbekas je pen yang tanda tu?? Eh, dakwat pen habis pulak?? Allah, lead pensil habis pulak dah.. Alamak…he2x B-)

Ha, inilah antara realiti cuti kita, betol tak? Ha, jangan tipu, dosa tau.. Kata Us Hanafi di dewan muktamar apabila calon-calon peperiksaan dibenarkan membuka kertas soalan, 

“ Calon-calon tidak dibenarkan meniru dan menipu, sesungguhnya tiada berkat!! <betol tak us? =) > Jadi, janganlah menipu. Ha, tanda jangan tak tanda.. =) 

Sesungguhnya cuti adalah medan tarbiah dan medan mujahadah buat kita. Benar, mujahadah itu sangat susah. Tarbiah itu sangat perit. Tadhiyah itu sangat pedih.

Terngiang-ngiang firman Allah yang pernah menjadi moto sekolah saya, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS);

“ Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu dalam perkara yang diperintahkan ke atas kamu. . .”    -surah hud-

Tarbiah. . Tadhiyah. . Mujahadah. . Istiqamah. . .

Item-item yang mudah diungkap dan dilafazkan di bibir. Namun, pelaksanaan?? Allahuakbar.. Walaupun begitu, inilah antara item yang sebenarnya membina diri kita dan membentuk kita menjadi muslim dan mukmin yang cemerlang. 

Kita memerlukan tarbiah untuk mendidik diri kita. Kita memerlukan tadhiyah dalam memastikan diri kita terdidik dengan tarbiah yang kebanyakannya berbentuk pengorbanan sama ada jiwa, harta, perasaan dan segalanya. Kita memerlukan mujahadah supaya tadhiyah kita benar-benar dibuat dengan hati yang ikhlas walau pedih. Dan kita memerlukan istiqamah dalam memastikan mujahadah kita berkekalan dilakukan walau dalam apa jua situasi walau tercampak ke mana jua kita. 

Empat item yang berkait antara satu sama lain. Kita analogikan seperti rantai. Tak kan terbentuk seutas rantai bila mana salah satu daripada bahan-bahannya diabaikan. Begitu juga kita. Tak kan terbentuk kita sebagai individu muslim seandainya kita mengenepikan perkara-perkara tersebut daripada kamus hidup kita sama ada ketika cuti mahu pun tidak. ~Segala-galanya indah. . .

Reality cuti >> Renung-renungkan..

**SELAMAT BERAMAL!!! =)

3 ulasan:

  1. syukran ya ukhti atas peringatan itu....
    moga teruskan dakwah anda....
    wassalam

    BalasPadam
  2. aiwa.. qalil minni.. tazkir ma'an insyaAllah..

    BalasPadam
  3. Salam Ziarah:

    http://www.apisbp.net/
    http://ikhwanzhaki.blogspot.com/

    Barokallah fii kum

    BalasPadam