Jumaat, 19 April 2013

SeSaje~

Sekian lama menyepi.~

Kini datang sekadar menjengah, sekadar merai tangan yg mahu menulis, sekadar merai hati yg mahu berbicara.

Kadang terasa tidak adilnya hidup ni. Allah.~
Kenapa dan kenapa?
Tapi siapalah aku untuk mempersoalkan aturanNya.~

Ya sungguh aku kasih. Segala pahit manis yg dilalui sama2 selama ini buat aku makin kasih. Sakit yg mendatang malah buat aku makin sayang. Walau menjauh. Hakikatnya dekat. Kerana aku yakin pada 'kuasa' doa. Ya. Hanya doa. Hanya doa yg mampu menjadi penghubung.

Hari berlalu dan terus berlalu. Aku menanti dan terus menanti. Tiada khabar. Tiada berita. Yang tinggal cuma harapan yg aku cipta sendiri. Sebagai bekalan kekuatan dan pengharapan buat diri.

Ya. Sungguh aku rindu. Rindu pada insan yg sentiasa bersama di kala suka apatah lagi duka. Aku cuba melupa. Demi sekadar mencari ceria yg kian hmbar. Tapi amat tidak bisa. Apa yg bisa? Hanya memejam mata, meletak tangan di dada, sambil membisik doa tika hadir perasaan itu.

Ya. Hanya doa.

Kadang kunjung rasa 'benci'. Namun siapa aku untuk membenci?~

Kadang kunjung rasa buntu. Apa lagi harus aku lakukan ya Allah?~

Ya, aku punya DIA. Terus sujud dan menangis padaNya. Dia yang menguji, maka Dia yg akan mengakhiri.

Dia yg mendatangkan hujan, maka Dia yg akan menghadirkan pelangi.
Ya. Hanya Dia.

Sungguh aku tiada daya. Kadang mahu terus melupa. Kadang mahu memungkir janji. Kadang mahu memadam harapan. Namun, tidak tegar sama sekali. Rasa 'khianat' seakan singgah di hati bila mana mahu melupa, memungkir dan memadam. Kerana kata-kataku dulu lahir dari hati untuk hati. Hati yg berazam untuk terus memberi pengharapan dan terus membahu gagah.

Ya. Aku cuba untuk terus menanti. Menanti dan terus menanti. Diiring doa jua sabar. Kerana tidak pernah aku melupa. 

Terima kasih ya Tuhan kerana meminjamkan aku secebis qawiy dan sabar.

Terima kasih buat dirimu kerana mengajarkan aku erti sabar dan erti kasih dan sayang,

Terima kasih duhai kengkawan kerana meminjamkan aku kelapangan waktu dan kata-kata pengharapan.

Sungguh 'tarbiyah' itu indah.

Sungguh Dia tidak akan sesekali memungkiri janjiNya.

Ya. Moga Dia menghadirkan 'pelangi dhuha' itu.



['pelangi' yg sama2 kita mahu  cari and kekalkan suatu masa dulu. masih ingat lagi?~]


-miSs our laughs and smiles-





Tiada ulasan:

Catat Ulasan