Sabtu, 9 Oktober 2010

wonder & wonder and still wondering

'sedap jugak cerita hindustan ni..hehe'

Tiba-tiba hati saya berkata dalam diam sewaktu menonton cerita Hindustan yang pernah popular suatu masa dulu..<mANN> sambil-sambil jadi baby 'sitter' waktu cuti sem kali ni.

'kenapa ye..?' 
I'm still wondering..

Sebab hero dia handsome ke? Heroin dia cantik ke? Ke sebab lagu dia best?
Entah la. Semua tu boleh dikatakan betul belake.. Lagu dia pun kadang-kadang siap boleh diikut nyanyi sama. Mantop!! Ate, 'modal' nye macam mana ye suE?? hehe

Cuma satu persoalan yang betul-betul membuatkan saya tertanya-tanya sepanjang menonton banyak-banyak cerita ni sama ada Melayu, Cina, India, Korea mahu pun Inggeris.

' Kenapa banyak-banyak cerita ni, cerita INDIA tak pernah miss upacara sembahyang depa berbanding cerita Melayu kita ye..??'

Mungkin ini benda furu' kot untuk di diskusi kan. Tapi benda ni memang menjadi persoalan di benak fikiran saya. Mungkin disebabkan faktor pemikiran yang agak kebudak-budakan kot yang menyebabkan saya wonder benda yang mungkin tak sepatutnya kot.

Tapi tak salahkan untuk fikir benda-benda furu' ni kan?

Pernah senior saya bagi analogi berkaitan benda furu' ni..

'kita nak beli baju, mesti pilih nak beli warna apa kn? Padahal warna tu pun benda furu' je. Benda furu' ni tak delah tak perlu difikirkan, kena la jugak fikir..'


Apa-apa pun, agama Islam kita adalah agama yang suci dan diiktiraf di sisi Allah. Dan hendaklah kita menjadikan Islam as a main thing in everything we want to do.

Firman Allah;

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara seluruhnya.."
(Al-Baqarah)

 Dan kalau boleh, kita zahirkan agama Islam kita dalam segenap perkara yang kita lakukan. Moga-moga keizzahan Islam jelas kelihatan.

Haa..sebut tentang ni, teringat saya tentang satu lagi persoalan.

"Adakah menjadi satu kesalahan dan kepelikan perempuan berjubah dan bertudung labuh masuk tempat bowling dan main bowling??"

This maybe will become a hot issue to be discussed.

However, in my opinion, tak salah untuk muslimat berjubah dan bertudung labuh untuk buat semua tu. 
Islam itu mudah, jangan sesekali kita memberatkannya. Malah bagi saya, saya akan berbangga kerana di situ, kita dapat buktikan bahawa Islam tu bukan setakat ceramah di masjid, solat, puasa dan sebagainya. Imej kita tak menghalang kita untuk buat sesuatu. Cuma satu yang perlu kita ingat, 'batasan'. 

Kita yang menentukan who we are.
So, jadilah diri kita yang sebenarnya dengan imej Islam yang ada secara hakikinya pada diri kita. 
Never think difficult because Islam is easy..

This is my opinions. Sapa-sapa yang nak bangkang dan sebagainya dibolehkan. Hanya firman Allah dan sabda baginda Muhammad S.A.W yang tak boleh dibangkang..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan