Subhanallah..
Pejam celik pejam celik sudah lama rupanya bergelar Ex-K.I 'bumi waqafan'. Tiba-tiba hati sayu terkenang memori indah bersama 'sahabat2 bAdar' yang amat dirindui. Jerih perih perjuangan di Kisas menggerakkanku untuk ligat memikir post buat antum dan menekan keyboard dengan kepala yang agak sakit sikit dan tekok yang agak lenguh. hehe Rindu teramat saat-saat pemukiman di bumi waqafan bersama memori 'bakso'. Dan semestinya juga 'taufufa, nasi Wak Kanang, air soya dan nasi lemak' 'fly' tepi Petronas. haha
"Sue,Soli,Jang,nah ni soya Farhana beli. Meh minum," Farhana mempelawa kami yang tengah-tengah blur dengan angka dan formula Add Math.hu
Seperti biasa, kelas 'abang2 n kakak2' kami menjadi pilihan tempat study sepanjang SPM, Ting.6 Atas STAM. hehe <sori akh nazrul, a.izzaz, a.kimi, a.ahak, a.rahim, kak farahin n k.mus..miss u all..>
"Hang amik tang mana ni Fana?" Jang menyoal dengan loghat Kedahnya.
"Ambik mana lagi, kami beli tepi Petronas la.." Farhana, dengan selamber 'kerek' menjawab.
"Fly? Pak Guard tak marah ka?" soal saya. Seakan tak percaya.
"Await nak marah pulak. P jela. Pak Guard sorang tu baik ja. "
Aduh, macam2 kerenah kite ye..ate, inilah gaye budak2 badar batch kite ye..hehe
Esoknya..
"Lapaq la. Jom p beli nasi lemak sat." saya mengajak sahabat2 saya. <budak nakal jugak rupenye saya dan sahabat2 ni ye..hehe>
First trying to 'fly'. 'Fly' without 'wings'.hu Agak melawakkan dan melucukan. Terhendap-hendap kat tingkap kelas takot2 guard ada. Ada alamaknya berlaparla.
"Fuyoo, tak caye pulak boleh fly. Tak pernah2 kita fly. Budak Badar ni, jangan main2. Nampak dek Ust.Sheikh, mati kita." saya bersuara sambil berjalan 'fly' untuk pertama kalinya. Kelam kabut.
Agak cuak. Mata melilau kalau2 kereta motor yang lalu tu Ust Sheikh, Ust Lah.hu Tapi Farhana masih dengan selamber kereknya. Langsung tak menunjukkan reaksi risau. huh
"Cepat2, nanti ustaz nampak, mati kita," Soli, dengan kelam kabutnya yang mencuit hati. Jang pun dengan lagak selamber nya.
Sahabat kami yang berbaki, Ida, Ummu, Along Izzati , masing2 dengan karakter masing2 juga. Along sentiasa saya gelari dengan trademark 'bolox' sampai sekarang.hehe <jangan marah suE ye along..> Ainul dan Aisyah skema sikitla bab2 langgar peraturan ni.<siqhoh sikit Exco Khas 4&5 ni..hehe> Adilah lagi2 la tak langgaq disiplin. KP tu, jangan main2. Exco Bitan lagi tu.
Maka setelah 'kejayaan' itu, maka itulah rutin kami sepanjang SPM. hehe Kalau bukan kita yang beli pun, mesti ada insan2 yang 'sedekahkan' time 'halaqah'..< tak gtu akh izzaz..?> hehe
Kenangan2 yang singgah di minda nyata mengukuhkan lagi ukhuwah kita walau terpisah benua. Masing2 dengan haluan masing2. Namun matlamat perjuangan tetap sama.
Buat abang2 dan kakak2 ku,
Teruskan perjuangan. Doakan kami adik2 kalian moga thabat dan tabah. Bagi yang berada di Bumi Anbiya', kami sentiasa menanti kepulangan mujahid2 mujahidah2 pembela agama.
Takbir!!!
Teristimewa buat sahabat2ku muslimin jua muslimat,
Ingatlah bahawa kita punya matlamat yang satu. Walau jalan tak sehala, tapi destinasinya tetap sama. Saling menguatkan antara satu ama lain. Jalan yang kita pilih ini bukan mudah dan menuntut segala keikhlasan dan pengorbanan. Kadang rebah tersungkur, wajah2 kalian muncul di mata, membangkitkan kembali semangat jihad dalam diri. Utuskanlah secebis doa buat kita semua moga tetap istiqamah.
"Fastaqim kama umirta!!"
Ukhuwah Fillah Abadan Abada..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan