Jumaat, 5 November 2010

rEdhAkah akU....????

" kalau mak ayah kata macam tu, tak yah ragu-ragu lagi.. just follow je, insyaAllah ada berkatnya.."
Kata-kata yang pernah diluahkan oleh seorang sahabat suatu masa dulu. Just a simple word, but how difficult to sincerely accept that matter.

Terimbau kembali saat2 di awal pemukiman di bumi barakah Darul Quran..

" Sue, congrate2 !!!! "

" Sue, fly r ko jap g.."

dsb..

Tergamam seketika. Isi2 inbox dibuka ketika program Mafatihul Mahabbah.. < nampaknya, leka sekejap dengan hp ketika sesi modul mehnah dan tribulasi.. hehe >

' Ya Allah! Betol ke aku dapat fly? Depa ni tipu aku ke? ' hati berbisik. Seakan tak percaya dengan berita 'tv11' tu. Nekad untuk terus berada di DQ goyah seketika.

' Nak g !!!! Bila lagi dapat peluang macam ni? ' hati saya menjerit dan berbelah bahagi.

Impian saya untuk bermukim di DQ yang dipasang sejak Tingkatan 1 telah tercapai. Walaupun tak berjaya untuk Persijilan DQ-UIAM, namun mencuba nasib untuk program Diploma Darul Quran walaupun orang kata rugi umur dan sebagainya. Namun, tanpa diduga, nekad tersebut teruji buat sementara. Istikharah penenang hati, penetu segalanya.

Di suatu petang..

" Assalamualaikum.. Abah sihat? Abah, abah bagi tak k.chik fly? " aju saya ketika menelefon ayah saya. 

" Waalaikumussalam.. Alhamdulillah sihat. Hmm,duk Dq jelah k.chik. Ma atok nenek semua pun suh duk Dq gak.." abah saya mula menyusun jawapannya.

" Abah, pastu kalo k.chik istikharah nampak sana macam mana?" tanya saya lagi, seolah ingin protes jawapan keluarga saya.

" Tak yah lah.. Lagi pun abah dah bagi tahu orang2 kampung dah anak abah sorang ni duk belajar tahfiz di Darul Quran.." jawab abah, berbaur bangga puterinya sambung tahfiz. 

Saya terdiam, tak terkata. Air mata tidak dapat dibendung lagi mendengar jawapan yang juga luahan hati seorang ayah terhadap anak. Akhirnya gugur jua. Panggilan tamat. ' Ya Allah...'

Keesokannya...

Tiba-tiba nombor yang tidak dikenali muncul di skrin hp saya ketika dalam kelas tasmik. Saya menjawabnya secara senyap2 memandangkan saya berada di belakang dan ustazah sedang mendengar tasmik pelajar. < sori ustazah..hehe >

" Hello assalamualaikum.. Ni Nur Syuhada Mohd Subri ye?" 

" Hello wslm.. A'a ye saya. sape ni ye? "

" Saya dari JPA. Cik Syuhada dapat tawaran JPA ke Jordan kan? Tapi kamu tak jawab lagi kan jawapan on9 nak terima atau tolak kan? Jadi, saya nak tanya sama ada kamu nak terima atau tolak? "
jelas puan di panggilan.

" Err, kalau saya nak tangguh boleh? Saya sekarang sambung diploma di DQ 3 tahun." jawab saya sangkut2. Tak yakin untuk kata kan 'tolak'.

" Saya cuma nak tahu jawapan kamu sama ada nak terima atau nak tolak je. Kalau terima, saya nak terangkan beberapa perkara. " 

Saya terdiam seketika. 
' Ya Allah..' 
Saya tarik nafas dalam2 dan menyambung perbualan.

" Saya.... TOLAK..." 

" Betul ni awak tolak? Saya pegang kata2 awak ni, TOLAK?" tanya puan tersebut seakan terkejut dengan jawapan yang diterima.

" Ye, saya TOLAK.." ulang saya, teragak-agak dalam keyakinan.

Panggilan tamat.

Saya pandang hp saya. Dan saya pandang ustazah tasmik saya. Hati menahan sebak. MAta menahan dari gugurnya air mata. Namun, apakan daya... Tiada kekuatan untuk menahannya. KAhirnya, gugur jua.

" Ya Allah, berkatilah keputusanku ini. Aku yakin bahawa KAu akan menggantikan semua itu dengan suatu yang lebih tinggi nilainnya dari tawaran tersebut suatu masa nanti.."

Hati saya memanjatkan doa padaNya. HAnya itu yang mampu dilakukan. Penuh pengharapan padaNya.

" REDHA..."

Satu perkataan yang sangat ringkas dan mudah dilafazkan. Namun, ternyata ianya satu perkara yang sangat menguji keimanan seseorang. Apatah lagi bila mana terpaksa melepaskan sesuatu yang disukai dan diharapkan. Namun, apa2 pun, Rasulullah pernah bersabda, 

" Redha Allah terletak pada redha ibu bapa "

Selagi mana ibu bapa tidak merestui sesuatu perkara yang kita ingin lakukan, selagi itulah kita tidak akan mendapat redha Allah berdasarkan mafhum hadis tersebut. 

Allah juga telah berfirman dalam Al-Quran yang bermukjizat;

" Terkadang kamu merasa benci terhadap sesuatu itu sedangkan ia baik untuk kamu, dan terkadang kamu suka terhadap sesuatu sedangkan ianya buruk bagi kamu.."


Sesungguhnya Dia Maha Tahu segala sesuatu.

p/s : sekadar perkongsian pengalaman hidup dari hamba yang dhoif. langsung tidak berniat untuk riya' dan sebagainya. moga2 anda sekalian dapat mengambil sesuatu dari cerita yang dinukilkan ini. 
mohon maaf segalanya. wallahua'lam..

" Redha Allah, Redha ibu bapa"

" Mengharap cinta sejati, Mendamba kasih Illahi "

Wallahua'lam...







3 ulasan:

  1. 1st..tahniah sbb berjaya dapat belajar di bumi Darul Quran JAKIM..

    ana pernah merasakan situasi tersebut,walaupun tawaran yg dapat bknnya luar negara..memang susah nk wat keputusan segera..

    ana dulu hampir2 nk putus asa truskan di DQ..ustaz ana bgtau ''kalau kita tinggalkan DQ,beerti kita telah zalim kepada sahabat2 kita yg lain yg x berpeluang dapat DQ..''

    bertuahlah kita dapat DQ..Jordan boleh pegi lepas DQ jika dapat tawaran..tp DQ ? stakat umur 21 je..

    truskan perjuangn di DQ..bersama sahabat2 kamu

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..satu nikmat yg tak terhingga berada di bumi dQ..mgkin inilah antara cebisan gantian yg ingin diberikan di sebalik twran JPA tu..

    ap2 pn..ingtlah bhw kita adalah anak panah drp panah2 Islam..walau ke mana shj dicmpakkan, pastikan Islam dijulang tinggi..

    takbir!!

    jempot berkunjung ke bumi tok guru nik aziz..

    BalasPadam
  3. along, cite kte sama tapi tak serupa kan? along tabah kan! ^^

    BalasPadam