Jumaat, 26 November 2010

~ReNtak TadhiyyaH MengaLuNkan iRama UkhuwAh~

" Kalau nak cakap pasal tadhiyyah dan ukhuwah ni, ana penah la.. Baru je amin doa nak tidur, nak tarik selimut dah, tiba2 sahabat ana call ana.. 
' Nta boleh datang ambik ana tak kat Greenwood?' Allah.. Dahla jauh Greenwood tu, tengah malam pulak tu.. Apa2 pun, itulah dikatakan ukhuwah dan tadhiyyah tak boleh dipisahkan. Tadhiyyah sangat penting dalam berukhuwah.."

Itulah antara cebisan mutiara yang disampaikan oleh Us. Rasyidi ketika Majlis Ijtima' Eiduladha MSK-DQ 2010 yang diadakan di Gelora Beach Resort pada 19 November 2010.

'Eiduladha'

Satu ungkapan yang sentiasa dikaitkan dengan pengorbanan. Bagaimana besar nilai pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail sehingga pengorbanan mereka disambut sebagai Hari Raya Eiduladha oleh seluruh umat Islam.

Menyoroti sirah Nabi Allah Ibrahim dan Ismail, betapa hebatnya ujian Allah s.w.t terhadap Nabi Ibrahim dengan penurunan wahyu supaya menyembelih anak kesayangan baginda iaitu Nabi Ismail. Bagaimana mungkin seorang ayah tegar untuk menyembelih anaknya sendiri jika difikirkan secara logik akal. Namun, keyakinan yang kukuh serta tawakal yang bulat terhadap Allah, maka Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas yang datang dari syurga. Subhanallah..

'Tadhiyyah dan Ukhuwah'

Merupakan satu benda yang abstrak untuk diterjemahkan. Ia merupakan satu unsur yang sangat hebat di sisi Islam. Jika direnung kembali sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabat, betapa hebat nilai tadhiyyah yang ditunjukkan oleh kaum Ansar sehingga sanggup menyerahkan isteri2 tercinta, rumah, harta dan kekayaan kepada kaum Muhajirin dalam peristiwa hijrah ke Madinah.

Mari kita lihat bagaimana perkaitan antara tadhiyyah dan ukhuwah yang cuba diterjemahkan oleh mereka. 

Sememangnya dalam berukhuwah, aspek tadhiyyah yakni pengorbanan tidak boleh dipisahkan sehingga ia tercatat sebagai peringkat tertinggi dalam rukun ukhuwah yang digariskan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna :

1.  Salamatus Sadr ( lapang dada )
2.  Husnuzon ( bersangka baik )
3.  Ithar ( melebihkan orang lain dari diri sendiri ) - dimaksudkan juga dengan tadhiyyah.

Dalam pembuktian bahawa tadhiyyah adalah suatu aspek yang penting, As-Syahid Imam Hasan Al-Banna juga meletakkan tadhiyyah sebagai salah satu daripada rukun baiah. Tidak dinafikan bahawa 'Fahmu' adalah rukun yang pertama, namun As-Syahid ingin juga menterjemahkan bahawa tadhiyah adalah perkara yang penting dalam segala aspek sama ada dalam irama ukhuwah mahu pun dalam memikul risalah Islam. 

Cuba kita bayangkan andainya tadhiyyah dan ukhuwah hanya sekadar benda remeh dalam berdakwah. Maka belum pasti kita akan merasai nikmat Iman dan Islam akibat daripada dua aspek tersebut yang diketepikan oleh Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwah Islam suatu masa dahulu. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Nyata Rasulullah s.a.w menjadikan aspek tersebut antara perkara utama dalam melaksanakan misi dakwah baginda sebagai utusan daripada Allah s.w.t. Begitu juga dengan para mujaddid dan pejuang2 Islam.

Oleh itu, sama2lah jadikan sirah junjungan serta nilai2 yang cuba dibawa oleh umat terdahulu sebagai salah satu penguat bagi diri kita dalam meneruskan kerja dakwah yang tentunya mencabar dan kian mencabar. 

Kata As-Syahid Syed Qutb sebelum ke tali gantung, 

" Kita bukan pemula dan bukan juga pengakhir, tapi kita adalah mata rantai perjuangan "

' Rentak Tadhiyyah Mengalunkan Irama Ukhuwah '

Takbir!!

1 ulasan:

  1. slm
    oh kamu ke situ jgk ye hari tu??

    benar,mna mgkin manisnya ukhuwah tnpa
    scebis tdhiyyah..manifestasi ukhuwah
    bkn skdr di mulut,"an syg anti fillah"
    etc nmun lbih bmkna ad action jk
    shbt i2 bnr2 memerlukan kita lalu kita
    sedia brd di ccnya wlu tika i2 ingin
    diulit lena
    @ ad tugasan lain..

    tlg tgok2kn adik sy ye:)

    BalasPadam