Jumaat, 21 Januari 2011

~Mafatih Mahabbah Persijilan DQ-UIAM 11/12..*LaNgkaH pErtAma peNuh mAkna

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar..
Alhamdulillah..
Akhirnya diberi kesempatan untuk membuang 'sawang2' yang sekian lama terperap dalam 'rayyan'.. Mohon maafla eh kepada pengunjung2 rayyan yang terpaksa 'dihidangkan' dengan 'habuk2' dan 'sawang2' yang mungkin membantutkan pernafasan kalian.he2

"Mafatih Mahabbah"

It's something special to be describe.
Kenangan sebagai peserta dua tahun lepas jua sebagai barisan koordinator 2011 nyata sangat berbeza dan sangat unik untuk ditafsirkan.

Alhamdulillah Mafatih Mahabbah adik2 persijilan DQ-UIAM 11/12 hampir sebulan melabuhkan tirai. Program berlangsung pada 31hb Disember 2010 hingga 2hb Januari 2011 semestinya tercatat pelbagai memori dalam diari kehidupan barisan KD mahupun adik2 peserta. Ye mungkin ada yang seronok, ada yang tertekan, menyampah dan sebagainya. <betol tak adik2?jangan tipu, nanti kena IQOB!!he2>

Mafatih..

Program yang dikatakan tradisi. Namun, bukan itu persoalan utama yang ingin diketengahkan. Malah yang ingin ditekankan dan diketengahkan kepada adik2 yang baru melangkah ke alam baru, bumi barakah Darul Quran adalah tasawur tarbiyah seorang huffaz di bumi DQ yang sungguh indah, tenang dan damai. Tekanan dan provokasi yang diberikan adalah sebagai langkah persediaan kepada adik2 dengan hambatan waktu dan jua rutin serta muqarrar yang perlu dihabiskan oleh setiap pada kita di DQ.

Denda..? Provokasi..? dan sebagainya..?

Yeah. Satu benda yang menarik untuk dirungkaikan. =)
Secara jujurnya, bagi pihak saya selaku salah seorang 'Programmer', tak berani sangat sebenarnya nak marah2 anak orang ni. Maka, saya pun cuba lah membawa watak 'syadid dalam kelakar'..he2 Kelakar pulak bila ingat balik..< sori ye adik2ku..=) >

Rais Raisah?

Tahniah akak ucapkan kepada Rais, Husny Fahmy dan Raisah, Amirah Shaharudin kerana berjaya menghabiskan taklifat kalian sebagai penghulu/wati bagi program yang nyata menguji tahap kesabaran dan kecekalan kalian sebagai ketua. < betol x?he2 >

Namun, saat2 kalian rais/ah kena denda, akak terpaksa menahan sebak dan cuba untuk tidak melihat kalian apatah lagi bila akak menyedari kalian adalah adik2 'bumi waqafan' KISAS. Sekolah yang sangat dirindui dan sangat diharapkan ada warisan di DQ. 
Apa2 pun, semua itu adalah bertujuan untuk kalian merasakan bahawa amanah sebagai pemimpin itu sangatlah berat. Dan akak optimis bahawa adik2 akak dapat capai objektif tu. < betol x Fahmy? Tak pasal2 kena lari sorang2 kan? he2 Amirah? Tak pasal2 kena duduk separuh kan? LIKE!! > 

Adik2 Peserta?

Tahniah juga akak ucapkan pada antum kerana dapat menamatkan program ini dengan jayanya. Yang mana tension, menyampah dan sebagainya tu, akak mewakili barisan koordinator memohon maaf atas segalanya ye. Tapi, akak percaya, kalau diberi peluang untuk Mafatih kali ke-2, antum nak? betol tak? Cayalah!! =)

Harapan kami, moga antum dapat save dan aplikasikan segala input dan segala apa yang antum dapat sepanjang program tersebut. Ceramah, LDK di bawah terik matahari, 'Goreng Pisang', Riadhah, Jungle Trekking, Explorace, Muhasabah dan juga Gimik penutup yang nyata mampu mengalairkan airmata ukhuwah!!
Hargailah setiap saat dan detik di bumi barakah ini. Ukhuwah jalinkan seerat mungkin. Usrah komit lah semampu mungkin. Akak cabar, LAWAN USRAH GEGAR!! =)

Adik beradik Pimpinan PERKEMAT DQ 10/11,

Mafatih~ Langkah pertama penuh makna buat kita sebagai pimpinan PERKEMAT 10/11. Menyaksikan segala penat lelah, suka duka, tangisan riang jua geram dan segalanya. Moga2 segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan di sisiNya dan mengukuhkan lagi rabhitah hati antara kita untuk meneruskan lagi perjuangan ini.
Kita berada dalam satu saff perjuangan. Perjuangan realiti bukan lagi fantasi. Maka hayatilah nilai ukhuwah sebenar dalam Islam.

Suka untuk ana memetik kata As-Syahid Syed Qutb:
"Kita bukan pemula dan bukan jua pengakhir. Tapi kita adalah mata rantai perjuangan."
Teruskan perjuangan!!



  

1 ulasan:

  1. nenda~ huhu. paling takleh nak ingat masa main goreng pisang tu. dah la main dengan banen. geram je, huhu.

    moga Allah menerima pengorbanan akak3 tak balik berbulan, sebab nak uruskan program tarbiyah utk kitorg :D

    BalasPadam