Rabu, 8 September 2010

'Musafir Baru'

salamun alaik..
bismillah, Dengan NamaMu Ya Allah..
subhanallah, masyaAllah walhamdulillah, 'musafir' yang terlalu panjang akhirnya sampai jua ke destinasi. Berbagai onak duri ditempuhi sepanjang pemusafiran. Itulah adat yang tidak dapat dihindari bagi yang bergelar musafir. Oleh sebab itulah Allah memberikan beberapa rukhsah bagi yang bermusafir. Antaranya solat qasar dan jamak serta kebenaran untuk berbuka jika berpuasa. Tidak lain dan tidak bukan, semuanya sebagai tanda kasih Allah terhadap ummat Muhammad S.A.W.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 184 dan 185 ada menyebut tentang keringanan untuk berbuka bagi yang sakit dan dalam perjalanan ketika puasa dan menggantikannya pada bulan lain. Subhanallah, Maha Suci Allah yang amat kasih pada hamba-hambaNya.

Begitulah jua pemusafiran saya dalam men'create' blog ini.hehe Hajat yang telah lama dipasang terpaksa ditunda dan ditunda oleh kerana kekangan yang singgah di sebalik niat suci ini. Namun, alhamdulillah semuanya telah sampai ke destinasi jua walau terdapat banyak kekurangan dan cacat cela. Almaklum le, budak baru blajo..ate, ginilah gayenye.. Moga-moga ia menjadi wadah peningkatan thaqafah jua ukhuwah fillah. Mohon komentar jua tunjuk ajar bagi yang pakar.
Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan